BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 April 2011

DO WHEN YOU BREAK UP

Salam,
Hai semua,
Hari ini ika nak share something dengan semua,
Nak tahu lebih lanjut,
Let's read and have fun..

Apabila terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang amat memeritkan, 
Sama ada di sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. 
Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih,
tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.
Apakah yang akan anda lakukan,
adakah hanya berdiam diri,
 ATAU
mengejar semula cinta yang sudah pergi??


 Apabila anda putus cinta,
dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda.
Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi.
Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.

Apabila si dia sudah tidak kembali kepada anda.. 
Anda kecewa.. 
Jadi apa yang perlu anda lakukan pada saat itu??
1. Simpan sementara gambar si dia


Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana ia pasti akan membangkitkan perasaan rindu itu. 
Tetapi fikirkan jika hari ini anda bersamanya,
selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual.
apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?

Lihat gambarnya.
Sekurang - kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda.
Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari,
just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh.
Suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok,
dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar,
pada masa itu anda diwajibkan buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.
buat apalah nak simpan gambar si dia lama-lama,
buat sakit hati je.. 


       2. Jangan dengar/menyanyi lagu jiwang


Jika seseorang itu bercinta, 
perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. 
Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best².
BUT
Jika anda putus cinta,
seeloknya elakkan daripada mendengar, 
apatah lagi menyanyi lagu-lagu yang berkaitan putus cinta.


Mungkin bagi anda itu adalah cara untuk meluahkan kepedihan dalam diri anda,
TETAPI
sebenarnya apa yang anda dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi. DAN 
 percaya atau tidak, 
jika sebelum putus cinta anda tidak begitu kisah dengan lirik lagu,
APABILA
putus cinta anda begitu mengambil berat dengan lirik lagu.

3. Cari kawan yang berlainan jantina


Cari kawan berlainan jantina,
ataupun jika sudah ada lagi bagus. Carilah kawan, bukan mencari pengganti dirinya.
Anda boleh cari pengganti si dia jika hubungan anda sudah lama terputus,
tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, 
cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang anda rasa. 
Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantina.

Ada yang tersilap terlalu awal untuk menerima orang lain dalam hidup selepas terputus hubungan. 
Dapat cepat menjalin hubungan selepas putus cinta,
bukan menunjukkan anda power,
tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati anda. 
Anda boleh tersilap pilihan jika pilihan yang anda buat adalah berdasarkan emosi,
bukan fikiran anda dalam keadaan stabil.
Jadi jika anda baru putus cinta, 
cari kawan yang berlainan jantina untuk anda luahkan apa yang terbuku di hati anda.

5. This is your life.


                                                           Inilah hidup anda dan Hadapinya. 
Anda tidak boleh pikir hidup anda sentiasa seronok, gembira.
Anda tahu hidup kita seperti roda, anda kala kita di atas, ada kala kita di bawah. 
Anda pernah berada di atas, dan sekarang adalah masa anda untuk berada di bawah.
Bak kata pepatah, hidup ini bagaikan roda yang sering berputar..

                                                          Anda pikir keadaan anda teruk? 
Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang anda hadapai, putus cinta.
Ada yang dipukul, ada yang disimbah asid, ada yang dikurung,. 
Tetapi ramai sahaja daripada mereka yang bangkit untuk jadi orang yang bagus.


Jadi anda putus cinta, 
anda hendak menyesali hidup anda.? NO.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu anda hadapi..
Jika anda berjaya harungi salah satu cabaran hidup ini, 
anda sudah boleh katakan kepada diri anda, 
anda memang tahu untuk kendalikan hidup anda sendiri.


Tidak kira lelaki atau perempuan, 
perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. 
Yang penting bagaimana anda uruskan perasaan dan diri anda.
Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai anda. 
Suatu hari anda akan jumpa seseorang yang akan menghargai anda seperti mana anda pernah menghargai orang lain.
What goes around, comes around.

Masa akan menentukannya.
This is your life.
Hadapinya dengan hati yang tabah dan cekal..
I believe u all can do it if u all try the best..



1 comments:

Park Ha Ah said...

knp pula nie? ko clash dgn spe nie??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...